Sembang Sini
Mari Sertai Kami!!
Kami menyediakan pelbagai hiburan,kenalan dan lain2 lagi.

Join the forum, it's quick and easy

Sembang Sini
Mari Sertai Kami!!
Kami menyediakan pelbagai hiburan,kenalan dan lain2 lagi.
Sembang Sini
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Ubah suai Masjid Al Attas dijangka siap hujung tahun

2 posters

Go down

Ubah suai Masjid Al Attas dijangka siap hujung tahun Empty Ubah suai Masjid Al Attas dijangka siap hujung tahun

Post by syed ammar Mon Mar 25, 2013 5:59 am

JOHOR BAHRU 13 Mac - Masjid Al Attas yang terletak di tengah-tengah pusat bandar raya kini sedang dalam pengubahsuaian dan dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Pengerusi Majlis Trustee Wakaf-wakaf dan Khairat Habib Hassan Ahmad Alattas, Datuk Syed Ali Al-Attas berkata, pembinaan masjid baharu yang mengambil masa kira-kira setahun itu membabitkan kos sebanyak RM1.5 juta.

Beliau berkata, apabila siap nanti ia mampu memuatkan seramai 1,300 jemaah pada satu-satu masa berbanding 170 orang ketika ini.

“Masjid berkenaan merupakan masjid pertama yang dibina di bawah pemerintahan Almarhum Sultan Abu Bakar ketika zaman Johor Moden yang dahulunya sering dijadikan pusat persinggahan golongan ulama yang menyebarkan syiar Islam ke negeri ini.

“Kerja-kerja pengubahsuaian bangunan tersebut melibatkan pembesaran ruangan solat dengan mengaplikasikan seni bina moden dan sesuai dengan keadaan semasa," katanya sempena Sambutan 144 Tahun (Hijrah) Masjid Alattas dan Hari Hol ke-85 tahun baru-baru ini.

Bangunan masjid berkenaan akan dibina dua tingkat dengan tingkat atas untuk ruang solat wanita manakala di bawah dikhususkan bagi lelaki.

Syed Ali memberitahu, pihaknya akan membuat permohonan kepada pihak berkuasa untuk membolehkan solat Jumaat diadakan di masjid berkenaan selepas ia siap sepenuhnya nanti.

“Sebelum ini, solat Jumaat dilakukan di masjid berkenaan, namun selepas pembinaan Masjid Sultan Abu Bakar, semua jemaah di sekitar bandar raya mendirikan solat berkenaan di sana," katanya.



Ubah suai Masjid Al Attas dijangka siap hujung tahun Dn_24.1
avatar
syed ammar
NEWBIE
NEWBIE

Posts : 23
Tokens : -850
Like : 0
Join date : 2013-02-12
Location : johor

Back to top Go down

Ubah suai Masjid Al Attas dijangka siap hujung tahun Empty Re: Ubah suai Masjid Al Attas dijangka siap hujung tahun

Post by Mohd Danial(Admin) Tue Mar 26, 2013 4:40 am

lebih kurang surau madrasah kite lah...
atas pompuan bwah lelaki...
bnyak jugak kosnya...
Mohd Danial(Admin)
Mohd Danial(Admin)
BEGINNER
BEGINNER

Posts : 80
Tokens : -851
Like : 3
Join date : 2013-02-10
Age : 26
Location : Johor Bharu

http://sembangsini.ohmylife.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum