Sembang Sini
Mari Sertai Kami!!
Kami menyediakan pelbagai hiburan,kenalan dan lain2 lagi.

Join the forum, it's quick and easy

Sembang Sini
Mari Sertai Kami!!
Kami menyediakan pelbagai hiburan,kenalan dan lain2 lagi.
Sembang Sini
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Masih bereksperimen

Go down

Masih bereksperimen Empty Masih bereksperimen

Post by Mohd Danial(Admin) Mon Feb 11, 2013 2:05 pm

Masih bereksperimen Pix_gal0

Rajagobal terus cari strategi untuk bentuk skuad mantap mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015

Kuala Lumpur: Kejayaan Harimau Malaya menyekat gawangnya dibolosi lebih daripada 2 gol ketika bertemu Qatar dalam aksi sulung Kumpulan D pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Doha, Rabu lalu seolah-olah menutup kepincangan strategi dan percaturan yang dilakukan Datuk K Rajagobal.
Hakikatnya hanya mereka yang pakar tahu apa yang cuba disembunyikan pengendali skuad kebangsaan berusia 57 tahun itu bagi mengelak terus dihentam selepas kegagalannya mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF, Disember lalu.
Jika jurulatih kekal dengan strategi ini, saya rasa agak sukar untuk Harimau Malaya menang ketika berdepan Yaman di Shah Alam, 22 Mac depan," Mohamad Bakar, Bekas jurulatih kebangsaan

Masih lakukan eksperiman

Bekas jurulatih kebangsaan, Mohamad Bakar, berkata sebenarnya Rajagobal masih melakukan eksperimen dan gagal membentuk sebuah skuad yang benar-benar mantap bagi mencapai sasaran mara ke pusingan akhir kejohanan itu di Australia, Januari 2015.

“Rajagobal masih melakukan eksperimen apabila meletakkan Mahalli Jasuli di posisi tengah, sedangkan pemain itu sudah selesa dan lebih menyerlah di posisi bek kanan.

“Kalau saya sebagai pemain pun, saya lebih suka di posisi asal walaupun boleh bermain di posisi lain,” katanya semalam.
Tiada persefahaman

Beliau yang berjaya membawa skuad negara layak ke pusingan akhir Piala Asia pada 1980 di Kuwait, berkata persefahaman pemain masih belum ada.

“Pemain bahagian serangan tak dapat sokongan pemain tengah. Sepatutnya ketika latihan pusat, jurulatih menekankan kepada taktikal dan meningkatkan persefahaman pemain.

“Berbeza dengan Qatar, mereka bermain cukup lancar,” katanya.

Perap pemain senior

Beliau juga hairan kenapa Rajagobal menyenaraikan pemain senior, tetapi tidak menggunakan sepenuhnya pengalaman mereka pada perlawanan itu.

“Nor Farhan Muhammad hanya masuk ketika permainan berbaki 20 minit, sedangkan dia berpengalaman di pentas antarabangsa.

“Lihat Amri Yahyah, seorang lagi pemain senior dalam skuad kebangsaan yang berjaya membuktikan kemampuannya,” kata Mohamad ketika sebagai pemain membantu skuad negara layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich.

Beliau berkata, sebenarnya Harimau Malaya yang bernasib baik biarpun Rajagobal menganggap dua gol Qatar sebagai gol mudah iaitu sepakan percuma Khalfan Ibrahim yang terbias benteng pada minit ke-55 dan kegagalan K Reuben mengeluarkan bola menyebabkan gol kedua oleh Yusef Ahmed pada masa kecederaan.

“Rajagobal kata pasukan lawan dapat gol mudah tetapi sebenarnya Harimau Malaya yang lebih bernasib baik apabila tidak dibolosi lebih banyak gol,” katanya.

Beliau yang turut memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran berkata, dalam perlawanan itu Qatar ternyata lebih banyak menyerang dan mencipta peluang berbanding Harimau Malaya.

“Jika jurulatih kekal dengan strategi ini, saya rasa agak sukar untuk Harimau Malaya menang ketika berdepan Yaman pada perlawanan kedua pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Stadium Shah Alam, 22 Mac depan,” katanya yang bertindak sebagai penolong jurulatih kepada Karl-Heinz Weigang yang membawa Malaysia layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.
Mohd Danial(Admin)
Mohd Danial(Admin)
BEGINNER
BEGINNER

Posts : 80
Tokens : -851
Like : 3
Join date : 2013-02-10
Age : 27
Location : Johor Bharu

http://sembangsini.ohmylife.net

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum