Kemunculan Budaya Syiah di Alam Melayu
Sembang Sini :: Article :: Religion
Page 1 of 1
Kemunculan Budaya Syiah di Alam Melayu
Kemunculan ajaran dan pemikiran budaya Syiah menjadi salah satu aspek perbahasan yang penting dalam kajian para sarjana mengenai sejarah kedatangan Islam ke Alam Melayu. Pemikiran Syiah telah dibincangkan bersama pengaruh-pengaruh lain seperti Arab dan Parsi yang dianggap penyumbang terbesar dalam pemikiran keagamaan dan budaya umat Islam di rantau ini. Beberapa sarjana cuba menjelaskan bahawa aliran Islam yang terawal diterima oleh masyarakat melayu di Alam Melayu adalah fahaman Syiah sebelum dikuasai oleh aliran teologi Ashairah bermazhab Syafie. Kenyataan ini telah cuba dinafikan oleh beberapa sarjana yang menganggap bahawa Syiah tidak memiliki pengaruh teologi selain hanya telah bercampur aduk dengan budaya Arab-Parsi yang telah meresap dalam pemikiran tasawuf Sunni dan sastera Melayu klasik.
Kajian ini dilakukan untuk mengemukakan perbahasan para sarjana mengenai teori kemunculan pemikiran budaya Syiah di Alam Melayu dan Malaysia. Kajian ini juga akan menyentuh pengaruh Syiah dalam budaya Melayu, khususnya dalam bidang pemikiran tasawuf dan sastera Melayu. Di samping itu kajian ini akan mengemukakan perkembangan Syiah di Malaysia selepas era Revolusi Iran 1979. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah pendekatan kajian kualitatif menerusi metode kajian kepustakaan dan analisis kandungan terhadap sumber primer dan sumber sekunder, khususnya berkaitan kedatangan aliran Syiah di alam Melayu dan kewujudan pengaruh Syiah dalam budaya masyarakat Melayu di Nusantara. Metod temu bual turut digunakan untuk meneliti perkembangan budaya Syiah di Malaysia selepas era Revolusi Iran 1979.
Dapatan kajian, penulis mendapati bahawa pemikiran budaya Syiah sejelasnya wujud di Alam Melayu bermula pada abad ke-12M, menerusi ajaran tasawuf falsafah. Pengaruh budaya Syiah sangat ketara terdapat dalam beberapa amalan ritual dan sastera melayu klasik bersifat keagamaan dalam masyarakat Melayu. Perkembangan budaya Syiah telah dibantu dan diperkukuhkan lagi oleh peranan pendakwah golongan berketurunan Ahli Bayt dan kegiatan ahli tasawwuf falsafah yang dianggap mempunyai peranan yang sangat besar dalam penyebaran Islam di Alam Melayu. Kemunculan awal ini telah menyediakan asas yang kukuh untuk perkembangan ajaran dan budaya pemikiran Syiah selepas era Revolusi Iran 1979 terutamanya di Malaysia.

syed ammar- NEWBIE
- Posts : 23
Tokens : -850
Like : 0
Join date : 2013-02-12
Location : johor
Sembang Sini :: Article :: Religion
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum